KUALA LUMPUR 18 Januari , Sebuah koperasi yang bergerak secara online telah ditubuhkan di Kuala Lumpur hari ini. Penubuhan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad atau ringkasnya KOSIM mencipta sejarah dalam gerakan koperasi di Malaysia dengan menjadi koperasi online yang pertama ditubuhkan.

Majlis mesyuarat permulaan koperasi tersebut telah diresmikan oleh Encik Amran Abd Kadir , Timbalan Pengarah Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Selangor. Dalam ucapannya beliau yakin dengan potensi koperasi ini untuk menjadi koperasi yang berdaya maju serta akan berkembang dengan pesat. Pihak Suruhanjaya koperasi membuka ruang yang luas bagi membantu koperasi ini untuk memenuhi cita-cita ahlinya. Keyakinan beliau itu berdasarkan komitmen ahli-ahli yang begitu bersemangat.
Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) ditubuhkan bagi meningkat ekonomi ahli-ahlinya. Ianya adalah hasil gabungan misi dari sebuah eGroup yang mempunyai ahli-ahli seramai lebih 30,000 orang rakyat Malaysia diseluruh dunia. Sebelum ini Sahabat Interaktif Malaysia telah menubuhkan sebuah yayasan bagi menyalurkan bantuan kewangan dan moral kepada golongan yang memerlukan. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah yang kini telah berusia tiga tahun banyak membantu anak-anak yatim dan miskin serta anak-anak terbiar melalui skim tabung pendidikan dan keperluan asas. Selain dari itu yayasan tersebut juga telah mengambil beberapa inisiatif bagi mempertingkatkan pendapatan isirumah untuk ibu-ibu tunggal. Program MangkukTingkat.com umpamanya telah berjaya membantu lebih 300 orang surirumah menjana pendapatan melalui penyediaan sajian kepada pelanggan-pelanggan mangkuktingkat.com diseluroh Malaysia. Selain dari itu Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan bergabung dengan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia berhad (KOSIM) bagi mengujudkan peluang-peluang perniagaan dari rumah. Program yang dinamakan Kerja Dari Rumah akan dilancarkan pada pertengahan bulan Febuari nanti dengan melibatkan lebih 200 vendor yang membuka peluang kerja dari rumah di seluroh Malaysia.
Koperasi yang ditubuhkan hasil dari idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli melalui satu topik forum di internet sejak setahun lalu ini berhasrat untuk menjadi koperasi yang terbesar di Malaysia. Menurut Pengerusi Penaja KOSIM, Encik Norhisham Ishak koperasi yang ditubuhkan ini adalah koperasi konsumer yang akan membuka peluang kepada ahli-ahlinya untuk menjalankan perniagaan secara online disamping bercadang membuka pasaraya raya pengguna untuk kemudahan ahli-ahli dan orang ramai. Dengan menawarkan beberapa kemudahan lain seperti skim pinjaman mikro dan bidang pertanian beliau yakin koperasi ini akan mencapai hasratnya untuk memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM100 juta dalam masa dua tahun akan datang.
Mesyuarat yang dihadiri oleh 60 orang wakil-wakil negeri dan daerah itu juga meluluskan beberapa usul penting bagi melicinkan lagi perjalanan KOSIM. Mesyuarat yang berlangsung lebih 3 jam itu juga telah melantik 12 orang ahli lembaga pengarah bagi menguruskan koperasi ini.
Orang ramai yang berminat untuk menganggotai koperasi ini bolehlah melayari laman web www.sim.org.my. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya.
- Ahmad Fadzil Ahmad




Wangian terbaharu dipasaran dengan aura wangian yang menjadikan anda kembali remaja. Siang atau malam, aktif atau santai. Wangian yang kekal keharumannya. Daftar sebagai PENGEDAR sekarang !!! . Layari 


