You are here: Home Koleksi Artikel Keselamatan Siber Berita Harian | Kes Penipuan Internet Meningkat 26 Peratus

Sahabat Interaktif Malaysia

Berita Harian | Kes Penipuan Internet Meningkat 26 Peratus

E-mail Print PDF

Kes Penipuan Internet Meningkat 26 Peratus
Sumber: Berita Harian 29 April 2008

Putrajaya: Kes penipuan melalui internet yang dilaporkan kepada Siber Malaysia (CyberSecurity Malaysia) tahun lalu meningkat 26 peratus kepada 364 kes berbanding 287 kes yang dicatatkan pada 2006.

Tahun lalu, 1,038 kes keselamatan internet membabitkan penggodam komputer, kod berbahaya, penipuan internet, ancaman pencerobohan, serangan dos dan gangguan terhadap pengguna internet berbanding 1,372 yang dilaporkan pada 2006.

Ketua Pusat Keselamatan Siber Malaysia (CyberSecurity), Leftenan Kolonen (B) Husin Jazri, berkata walaupun laporan keseluruhan kes keselamatan internet menurun 334 kes tahun lalu, kes membabitkan penipuan melalui internet terus meningkat dan membimbangkan.

Beliau berkata, jika tidak dibendung penipuan melalui internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlaku peningkatan pada suku tahun pertama tahun ini yang mencatat 33 kes berbanding 22 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Antara penipuan paling popular adalah 'phising', penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan internet, pembohongan dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.

"Pengguna internet perlu sentiasa berhati-hati ketika memberi maklumat peribadi dalam laman web, e-mel, sistem mesej segera, bilik bual atau pada papan mesej untuk mengelak daripada menjadi mangsa.

"Antara tindakan yang boleh diambil pengguna adalah dengan menggunakan perisian antivirus, antispyware dan firewall selain sentiasa memastikan perisian itu dikemaskinikan," katanya ketika menemui pemberita di sini, semalam.

Husin berkata, melalui Cyber999, 95 peratus kes keselamatan internet diselesaikan hasil kerjasama diberi pelbagai pihak termasuk penyedia perkhidmatan internet di dalam dan luar negara, pihak berkuasa tempatan serta pengguna internet sendiri.

Katanya, selain Cyber999 antara langkah yang sudah diambil oleh Siber Malaysia untuk meningkatkan keupayaannya adalah dengan mengadakan kerjasama dengan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

YPN

logo_8
YYayasan Keusahawanan Sosial (YKS) melaksanakan program keusahawanan sosial secara aktif mulai tahun 2010 untuk memberikan peluang kepada golongan sasaran untuk meningkatkan taraf kehidupan tanpa perlu meminta-minta untuk selamanya.. Ditubuhkan oleh Sahabat SIM dalam tahun 2006

SIM Coop

design_logo_kosim Sudahkah anda menyertai Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) ?  Ditubuh bertujuan mengujudkan jaringan antara pengeluar, pemborong , peruncit dan pembeli secara terus. Koperasi yang berteraskan consumer coop ini bakal menjadi koperasi yang ulung dan terbesar di Malaysia

SIM Tuition

tuition SIM Tuition Centre adalah satu lagi inisiatif bagi mengujudkan jaringan pendidikan antara sahabat-sahabat SIM. Terbuka kepada anak-anak ahli untuk mengikuti kaedah pembelajaran secara online jarak jauh. Juga terdapat Pusat Tuisyen di Ibu Pejabat SIM di No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Kajang, Selangor.

Join SIM YahooGroup

simYahooYahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) adalah sebuah group forum yang dianggotai lebih 35,000 ahli dari seluroh dunia. Merupakan sebuah forum intelektual yang membincangkan pelbagai topik semasa. Seramai 12 orang moderator bertugas bergilir-gilir sepanjang masa bagi memastikan topik dan perbincangan dapat memberikan maklumat dan manafat kepada semua pihak.