You are here: Home Koleksi Artikel Keselamatan Siber Utusan Malaysia | Beri perhatian serius sindiket pindah wang melalui Internet

Sahabat Interaktif Malaysia

Terkini dari Facebook SIM



KLIK NAMA SEMENTARA ANDA DI KOTAK SEBELAH KANAN UNTUK MENUKAR KEPADA NAMA LAIN

Utusan Malaysia | Beri perhatian serius sindiket pindah wang melalui Internet

E-mail Print PDF

Beri perhatian serius sindiket pindah wang melalui Internet

Sumber: Arkib Utusan Malaysia 16 Oktober 2008

LAPORAN media berhubung skim penipuan pemindahan transaksi wang dari akaun bank melalui Internet perlu diberikan perhatian serius.

Pemegang akuan bank menerima e-mel palsu menggunakan nama bank tempatan dan meminta pemegang akaun berkenaan mengemas kini dan mengesahkan status akaun mereka.

E-mel berkenaan kelihatan sahih terutamanya apabila laman web bank dipamerkan dan akibatnya mangsa mudah tertipu dengan memberikan segala maklumat yang dikehendaki dalam e-mel berkenaan.

Modus operandi penipuan ini hanya akan disedari apabila mangsa membuat transaksi bank dan mendapati akaun bank mereka telah dikosongkan.

Dalam laporan media baru-baru ini, pakar IT menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila memberikan maklumat dan kata laluan akaun bank kerana penjenayah siber bijak memujuk mangsa supaya memberikan maklumat yang dikehendaki oleh mereka.

Menurut pakar IT berkenaan lagi, penjenayah siber mempunyai kaedah tersendiri untuk merungkai dan memecah masuk ke dalam sistem perbankan dan kaedah ini digelar sebagai 'racun DNS'. Persoalannya, apakah tiada cara untuk menangani racun ini?

Pihak bank sedar akan masalah ini dan begitu juga dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Persoalan utama ialah kenapa sukar untuk mengesan dan menahan penjenayah siber ini?

Mangsa biasanya dinasihatkan membuat laporan polis dan juga melaporkan kepada pihak bank. Hingga kini, terdapat banyak kes yang telah dilaporkan tetapi tiada penyelesaian muktamad.

Mangsa juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan mangsa sering disalahkan kerana memberikan maklumat. Kita harus sedar bahawa mangsa memberikan maklumat disebabkan laman web berkenaan kelihatan sama seperti laman web rasmi sesebuah bank dan hanya pakar sahaja yang boleh mengenal pasti perbezaannya.

Pihak bank mempertahankan diri mereka dengan menyatakan bahawa mereka telah memaklumkan melalui pengumuman dan juga melalui notis dalam penyata kewangan pemegang akaun bank.

Sekali lagi timbul persoalan iaitu berapa ramai pelanggan bank menerima pengumuman dan notis daripada pihak bank.

Perlu diingat bahawa penyata kewangan bank hanya dihantar kepada pemegang akaun semasa dan bukannya pemegang akaun simpanan.

Malah di sebalik pengumuman dan penyebaran melalui notis oleh pihak bank, jenayah siber ini masih menjadi-jadi dan semakin serius. Tiada tanda-tanda bahawa jenayah ini akan dapat dikekang.

Yang sewajarnya dilakukan oleh pihak bank ialah menghantar surat kepada setiap pemegang akaun dan memaklumkan mereka mengenai penipuan siber ini.

SKMM juga seharusnya memikul tanggungjawab kerana tidak dapat menangani masalah ini sedangkan peranan utama SKMM adalah memastikan penggunaan Internet selamat sepanjang masa.

Sementara itu, Bank Negara pula seharusnya menjalankan siasatan terperinci serta mengaudit kesemua kes melibatkan jenayah siber ini dan memaklumkan kepada orang awam berhubung bilangan kes, nama bank yang terbabit serta merangka satu skim pampasan untuk membayar balik ganti rugi kepada mangsa yang dianiaya oleh penjenayah siber ini.

UMA RAMASWAMY IYER
Pulau Pinang

 

SIM GEGAR FM


SIMCare

simcare_promo_logoSIMCare ditubuhkan hasil cetusan idea dari forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) yang mempunyai keahlian lebih 40,000 orang bertujuan menggerakkan satu pasukan bagi membantu sesama insan bagi mengubah keadaan mereka kepada yang lebih baik. Daftar sekarang di www.simcare.org.my

Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM)

design_logo_kosim
Sudahkah anda menyertai Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) ? Koperasi yang berteraskan consumer coop ini bakal menjadi koperasi yang ulung dan terbesar di Malaysia. Sila KLIK DISINI untuk mendaftar sebagai ahli

Join SIM YahooGroup

simYahoo
Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) adalah sebuah group forum yang dianggotai lebih 35,000 ahli dari seluroh dunia. Merupakan sebuah forum intelektual yang membincangkan pelbagai topik semasa. Seramai 12 orang moderator bertugas bergilir-gilir sepanjang masa bagi memastikan topik dan perbincangan dapat memberikan maklumat dan manafat kepada semua pihak.