You are here: Home Koleksi Artikel Keselamatan Siber Berita Harian | Advertorial: Penjenayah siber boleh jejas sistem prasarana negara

Sahabat Interaktif Malaysia

Terkini dari Facebook SIM



KLIK NAMA SEMENTARA ANDA DI KOTAK SEBELAH KANAN UNTUK MENUKAR KEPADA NAMA LAIN

Berita Harian | Advertorial: Penjenayah siber boleh jejas sistem prasarana negara

E-mail Print PDF

Advertorial: Penjenayah siber boleh jejas sistem prasarana negara

Sumber: Berita Harian | 17 Ogos 2007 (Berita Harian)
Oleh Haryani Ngah

BAGI peminat filem barat Die Hard 4.0 lakonan Bruce Willis pasti mengingati bagaimana cubaan sekumpulan pengganas yang mempunyai keupayaan tinggi dalam bidang teknologi maklumat menggunakan pakar komputer bebas untuk mencipta perisian membolehkan mereka memasuki sistem prasarana negara.

Bayangkan sekiranya kejadian itu benar-benar berlaku di negara kita. Ia pasti akan melumpuhkan sistem perkhidmatan awam dan negara akan menjadi kucar kacir.

Usaha mengatasi masalah pencerobohan ke atas sistem teknologi maklumat memerlukan sekumpulan pakar yang mengawal serta menjaga keamanan di alam siber.

Jika anda berdepan dengan pencerobohan ke atas sistem komputer anda, apa yang perlu di lakukan adalah menghubungi Cyber999 dengan menghantar e-mel alamat This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Cyber999 adalah penyelamat di alam maya sekiranya berlaku pencerobohan ke atas sistem komputer, hasutan atau fitnah, serangan ancaman luar atau apa saja perkara mencurigakan berlaku ke atas sistem komputer.

Sekiranya seseorang itu mendapati sesuatu mencurigakan berlaku ke atas sistem komputer dan bimbang akan terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini apa yang boleh dilakukan mereka ialah menghantar emel atau hubungi terus talian Cyber999.

Pakar terbabit akan cuba membuat siasatan untuk mengetahui perkara sebenar dan penyelesaian setiap kes akan cuba dibuat secepat mungkin dan keutamaan diberikan kepada kes yang lebih serius.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata Cyber999 ibarat pasukan penyelamat di alam nyata seperti bomba iaitu jika seseorang berdepan dengan kecelakaan atau kemalangan, pasukan penyelamat akan memberi bantuan.

"Jika keadaan sama berlaku di alam siber, pengguna boleh mendapatkan bantuan keselamatan dengan menghubungi Cyber999, sama ada menerusi emel atau panggilan telefon.

"Setiap masalah yang diajukan akan diberi bantuan dengan menghantar arahan menerusi emel atau kes diselesaikan menerusi talian telefon.

"Sekiranya permasalahan berkenaan tidak dapat diselesaikan menerusi emel atau talian, pasukan Cyber999 akan datang ke tempat pengadu bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Bagaimanapun, penghantaran pasukan Cyber999 adalah berdasarkan kepentingan atau sejauhmana serius sesuatu kes itu.

"CyberSecurity Malaysia juga mengambil langkah proaktif dengan menyampaikan maklumat tepat untuk mendidik pengguna internet menjadi pengguna yang bijak.

"Apa yang dilakukan adalah untuk keselamatan awam, kerajaan dan syarikat swasta dan perkhidmatan yang diberikan adalah 24 jam sehari dan tiada caj dikenakan,” katanya.

Husin berkata, setiap masalah yang diajukan adalah rahsia dan individu terbabit tidak didedahkan.

Sejak diperkenalkan pada 1997, pihaknya tidak menerima sebarang rungutan sebaliknya mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Berdasarkan statistik berhubung kejadian keselamatan yang dilaporkan berlaku, sama ada pencerobohan, penipuan, gangguan atau penafian perkhidmatan yang diterima oleh pihak CyberSecurity Malaysia pada tahun 2006, sebanyak 1,372 kes dilaporkan.

Menerusi Cyber999, keselamatan pengguna, terutama kanak-kanak dan remaja turut dimonitor dan menerusi sistem itu juga dapat memberi bimbingan ciri keselamatan di atas talian.

Selain Cyber999, CyberSecurity Malaysia turut mempunyai perkhidmatan Forensik Digital bertujuan mencari bukti dengan menganalis komputer, sama ada menerusi komputer peribadi, telefon bimbit, rangkaian dan pengumpulan data.

Bagi pengguna komputer yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung keselamatan siber boleh menghantar pertanyaan atau masalah kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau menghubungi talian 03-89926888.

Salinan dari CyberSecurity.org.my

 

SIM GEGAR FM


SIMCare

simcare_promo_logoSIMCare ditubuhkan hasil cetusan idea dari forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) yang mempunyai keahlian lebih 40,000 orang bertujuan menggerakkan satu pasukan bagi membantu sesama insan bagi mengubah keadaan mereka kepada yang lebih baik. Daftar sekarang di www.simcare.org.my

Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM)

design_logo_kosim
Sudahkah anda menyertai Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) ? Koperasi yang berteraskan consumer coop ini bakal menjadi koperasi yang ulung dan terbesar di Malaysia. Sila KLIK DISINI untuk mendaftar sebagai ahli

Join SIM YahooGroup

simYahoo
Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) adalah sebuah group forum yang dianggotai lebih 35,000 ahli dari seluroh dunia. Merupakan sebuah forum intelektual yang membincangkan pelbagai topik semasa. Seramai 12 orang moderator bertugas bergilir-gilir sepanjang masa bagi memastikan topik dan perbincangan dapat memberikan maklumat dan manafat kepada semua pihak.